Thursday, February 26, 2009

ada cahaya

telah lama dibiarkan
berapa lama dibiarkan fikiran berlegar - legar
mengejar bayangan terus berdatangan
masih menunggu
kehitaman bayang-bayang
merasuk masuk
mengeladah ruang
dan tempat tinggal kehidupan
seorang yang menanamkan dirinya
pemikir yang tegas
tidak peduli bayang-bayang menghantui
tidak peduli kehitaman menanggung
merusuk perjalanan
kerana di depan
ada cahaya yang bergemerlapan

By
This Life Suck!

No comments:

Post a Comment