Thursday, February 26, 2009

dalami d i r i

tanyakan kepada diri itu,
apakah diri itu mahu spt apa,
apakah spt yg berdiri megah diatas sana,
apakah spt yg tertawa riang didalam warna khayalan dunia,

tanyakan lagi pada diri itu,
apakah sempurna segala deria,
apakah cukup segala sifatnya,
apakah akal itu masih didalam kepala..?

lantas bertenang dan jawablah ia,
kerana manusia sering terlupa,
kerana diri ini selalu ingin menjadi diri itu,
kerana seringkali sesat sedang tangan mengenggam kompas.

maka berterbangan diudara,
kerana lelangit itu terlalu tenang,
memakan segala benang2 tajam yg halus didalam jiwa,
seutas demi seutas dihuraikan, dileraikan..

kerana terlalu taksub menghadapi dunia,
seringkali manusia leka pada kemampuan akal dan perasaannya,
menggunakan nafsu dan mata2 buta utk mengharungi gelap malam..

bersyukurlah kerana ada manusia,
bersyukurlah kerana ada diri itu,
bersyukurlah kerana ada diri ini,
kerana Manusia asalnya diciptakan utk memperhambakan dirinya, kepada Sang Pencipta yg maha Esa.

dan sesungguhnya, kesakitan hari ini itu kan menjadi perisai sakti menghadapi esok hari.

Hadapi dengan ketenangan
ketenangan itu ada bersama Tuhan
dari situ datangnya kita..
dan sudah semestinya kembali kita disana jua.

No comments:

Post a Comment