Thursday, February 26, 2009

malam ini aku berkhayal lagi

malam ini aku berkhayal lagi
kali ini lebih jauh dari diri sendiri
aku dibawa arus yg aku tak kenali
namun aku asyik dibuai mimpi

malam ini aku berdiri lagi
mendongakkan kepala ke langit tinggi
membelai jiwa yg kian alpa
menusukkan jarum2 liar di benak minda

malam itu dan malam ini
aku tidak sendiri, aku bersama khayalanku
puas aku terjaga, namun aku masih berada disitu
disitu yg dimana aku sendiri pun tak tahu,

aku asyik bersama mimpi palsu
aku terjaga namun ku biarkan diri ini lena
teman sering datang bertandang
temang sering membuat ku rasa ditendang
demi membangkitkan aku yg lemas dalam diri sendiri

lena dan dibuai mimpi
di atas langit yg terbentang indah
bersama sang penghias alam , sang pengKecah alam
ku biarkan diri bertembung dengan segala mimpi

malam ini aku berkhayal lagi
khayalan ku makin lama makin terguris
sedikit demi sedikit aku mencantumkan air itu
walau ku sedar ait takkan putus walau dicincang

malam ini aku berkhayal lagi
malam ini dan malam-malam seterusnya
kerana malam kian gelap bg ku
tak sanggup ku biarkan ia malap lagi,
kerana malam ku adalah milik ku selamanya

No comments:

Post a Comment