Thursday, February 26, 2009

W A K T U I N I

Hidup ini takkan sempurna
andai kau tak menghargai
jua tak kau mensyukuri
mungkin kau takkan mengerti
makna susah hidup ini.

Pada waktu sama ini
ada insan menagih simpati
demi secebis, sepohon rezeki
kerana sayangnya kepada adik
yang menangis dirumah.

Peluru yang ditepis hanya dengan tangan
kawan yang ditembak mati bersebelahan
dikepala.
Dan ada sampainya debu debu menjadi habuan si ibu kepada anak
yang menangis kelaparan.

Mengapa tak kau mensyukuri
dengan pergi ke tempat tempat yang tak diingini
menikmati rasa sampai ke pagi.

Memang, memang kau selesa
tapi cuba bayangkanlah
cantik kau, dihodohkan
pipi kau, dilobangkan
keistimewaan kau ditarik satu persatu
didepan matamu, tanpa mampu berbuat apa apa.
Bayangkan
hanya sebelah kaki kau dipatahkan
sebelah sahaja

atau
mungkin kau memang takkan pernah mengerti


By
Irama

No comments:

Post a Comment