Thursday, February 26, 2009

tersongsang arah si pencari benar

hadirnya segenap suasana
menela'ah celahan2 kota,
mencari dan terjumpa yg tiada kena mengena,
akhirnya hilang ditelan lampu2 neon indah pada matanya.

ditemani cairan2 khayalan dunia,
menyakitkan kerongkong, anak tekak,
menyiksa usus namun menjadikan diri berasa hebat,
tak kalah di tentang arus masa suasana.

terhoyong-hayang dikaki lima,
menjejak cinta yg berlalu pergi di depan mata,
menangkap bayang2 sendiri,
sedangkan ajalnya rapat berdiri mendampingi.

pepayung ungu menghias lelaman hati,
ketenangan yg dicari, bala pula yg menanti,
kuncup sudah hati2 sang pemberi,
kerana lelah menanti, sekembalian diri yg sejati.

aku bukan orang-orang,
yg bisa berdiri mengerikan burung2.
aku juga bukan perwira,
yg bisa tegar menjejak benar...

The Foo Behind The Mask.

Lost, i was lost, definitely lost,
The sight that i was trying to catch up suddenly gone.
floating by the wind, i guess.
taken by unknown guest, maybe.

So what for next...?
im guessing. i was too free to do anything.
but how can i still typing a mess rite now..?
am i just too happy to see myself going down..?

i did try to laugh,
but there's no tears,
hell yeah, its bcoz im going to laugh.
so what can tears do for us who want to laugh..?

masking our self,
yeah, there a plenty of people who said,
"i can see ur pain inside there"
they can see..?
what a cheap words.
they are only added more mask on their face.
their
heart are blind, full of shadows live deep down there, a bunch of lies
was born there, and now they are begging for a shine..?

so when we laugh to our self.
becoz of what we had done before.
we laugh, to become weirdo, to become idiots,
to react without a kind of possibility.
but can we just stop from laughing for a while,
and look to our self.
what have we become so far..?

again, again and again..
why would we against our self..?
we all here knows the truth.
that the one who always change the path of victory, into the path of hell,
was ourselves.

just.. lay down ur fingers, and start to look in the mirror.

PADAMKAN RETRO MIMPIKU

semalamku termimpikan kamu,
kita berdua hidup bersama,
kau & aku kita sama saling terpesona,
kita bercumbu owh sungguh asiknya.
tapi itu hanya mimpiku,
aku sedarku hanya dialam fantasi,
semua itu mustahil tuk ku miliki,
jika aku dialam realiti..
inginku jadikan kau kekasih hati,
kan ku buktikan pada diri ini,
bahwa aku mencintamu sepenuh hatiku,
kanku jaga kau sehingga akhir hayatku..

by [the pidot]

MESKIN TIADA

MESKIN TIADA

Bagai bru smalam kita bcanda
Bagai bru smlm kita bchenta

Smlm smuanya indh sgalanya
Smuanya smpurna

Ko sntiasa dhati
Ko harus jaga diri
Ko mesti lebih berani
Berani mghadapi
Berani mchentai
Berani myayangi
Berani mlindung

Meskin ako tiada d cc

**i WAnt to tURN bacK
thE tiME As WELL..
2 bE at d PLAce Where U thERE in frOnt Of mE..
2 be thE OnE dAt..
geget KAMo!
gOsoK KPaLA KAMo!
KiRA rAMbUt KAmo!
cubiT idUNG KAMo!
bsaNdar d bahU KAMo!
Where We 2gAther enjOYing 'MASih - fLOop POppY' SOng
whiLE U..
i Wish i COuLd..
i Wish i hV da POWer 2 tUrN bCK thE tiME
missssYEW SAYaNG!
WIT
<3 WAWA

by [c-warna]

Di atas bukit itu

Di atas bukit itu


Di atas bukit itu
telah tertulis penyambung langkah
mngorak hidup mngenal fana
mnjunjung harapan yang menyelimuti cita
bergalaskan anugerah yg telah dikurnia

Di atas bukit itu
tertakdir sebuah acara
mencorak pertemuan yang membuka satu lembaran
lalu bersulam mencambah satu hubungan
antara mataku dan matamu
antara hatimu dan hatiku
antara jiwaku dan jiwamu

Di atas bukit itu
layangan camar adalah saksi
kucupan bayu sering menemani
setia berlagu dengan harmoni
meniupkan harumnya kaseh mewangi
penyeri harimu dan harimu
ya...hari-hari kita bersama itu

Di atas bukit itu
masih tercatat kata-kata janji
menyimpul rasa nurani
mnyerlahkan senyuman yang sukar berhenti
biarpun sedang lena diulit sang mimpi
sungguh dasyatnya ya tuhan
perasaan cinta yang kau ciptakan ini

Di atas bukit itu
dengan tiba-tiba kau lepaskan
segala yang pernah tercipta kau buangkan
aku mencari kemana segalanya
arah, indah, impian, harapan
begitu mudah kau buangkan
begitu mudah kau campakkan
tanpa berfungsi lisanmu itu
lalu aku kau tinggalkan

Di atas bukit itu
aku keseorangan
mencuba mencungkil erti
apa yang kau cari
di balik gerak geri
janji yang kau nodai

Di atas bukit itu
aku berdiri diam
berselindung dengan senyuman
memeluk sepi yang terpendam
mncari 'mengapa' yang masih belum aku temui
dari seorang insan yang aku gelar puteri.


By
SepiPhobia

Cinta Genggaman Pasir

hati makin kebal..
hati makin pudar..
cuba setiap hari..
memberi senyuman..
semakin hari semakin jauh..
mungkin aku bersalah..
mungkin jua aku terlalu teruja..
percintaan kali ini..

pernah aku diberitakan..
cinta itu tak sepatutnya seperti pasir..

semakin kita menggenggam kuat..
semakin pasir itu jatuh berderai..

seperti jga cinta aku kali ini..
semakin aku mencuba pertahan..
semakin dia cuba menjauh..

untuk apa??
tidak pernah kah dia fahami??
rasanya terlalu2 penat melayan semua ini..
tpi..

aku tak kuat..
tak kuat sama sekali..
cuba ketawa,cuba tersenyum..
tapi hati??

huh!!

merintih!!
sakit!!!

dan dia??

bahagia mungkin..
bersama dunia nya..


hmmmm....


by Yana [ walk away ]

Hancor Musnah

Berat kaki ini menghayun langkah
Mengharung derita tak pernah sudah
Impian kian hancor musnah
Jaoh dari bahgia nan indah

Pandangan-ku kian samar
Rasa-ku makin memudar
Naluri dan jiwa-ku longgar
Menanti mendung berlalu beredar

Setiap gerak di-salah tafsir
Bersama hati diri tersiseh
Irama hidup ber-lagu sedih
Entah bila akan ber-akhir

Benar aku ber-salah
Mengharap khaseh ber-bekal madah
Sedangkan diri sering ter-ngadah
Hanya mampu ter-tunduk pasrah

Aku coba mengukir senyuman
Biar-pun pahit terpaksa ku telan
Akan-ku akur meniti kehidupan
Hingga ber-cherai nyawa dan badan

*terima khaseh atas segala-nya, Puteri.
kerana membuatku jatoh kedua kali.

By
Sepiphobia

Aku Masih Bernyawa

"aku masih bernyawa"...

Otakku berhenti seketika,
dikala angin meniup di sekitar tubuhku,
pandangan ku menjadi kabur,
telingaku menjadi pekak,
dan aku sukar untuk bernafas.
cuba sedaya upaya menyelamatkan diri ini,
namun semuanya sudah terlambat.

entah mengapa tiba-tiba badanku mula berfungsi,
semuanya kembali normal seperti sediakala,
bagai tiada apa yg berlaku sebentar tadi,
aku masih lagi bernyawa setelah mati seketika,

keajaiban yang berlaku adalah disebabkan dirimu,
yang masih sanggup melemparkan senyuman keikhlasan,
dan masih menjadi sebahagian dari hidupku.

aku bersyukur di atas peluang yang telah kau berikan,
semata-mata masih ingin berkongsi keindahan dalam kehidupan milik kita,
namun hingga kini masih tidak ku ketahui,
harapan yang diberi adalah benar atau dusta semata,

aku hanya mampu memohon,
agar diri ini dapat di maafkan,
kerna aku masih memerlukan warna warni kehidupan,
kehidupan lama kehidupan kita

By
Ochee

Kerna Kau

Kerna kau aku gembira
Kerna kau aku bahagia
Kerna kau aku derita
Kerna kau aku sengsara

Kerna kau aku ketawa
Kerna kau aku menangis
Kerna kau aku kecewa
Kerna kau aku cemburu

Kerna kau aku demam
Kerna kau aku malas
Kerna kau aku rajin
Kerna kau aku gila

Oh semuanya kerna kau
Apa saja kerna kau
Ada apa dengan kau
Sila berambus dari hidup aku

ikhlas,
cik atie

dalami d i r i

tanyakan kepada diri itu,
apakah diri itu mahu spt apa,
apakah spt yg berdiri megah diatas sana,
apakah spt yg tertawa riang didalam warna khayalan dunia,

tanyakan lagi pada diri itu,
apakah sempurna segala deria,
apakah cukup segala sifatnya,
apakah akal itu masih didalam kepala..?

lantas bertenang dan jawablah ia,
kerana manusia sering terlupa,
kerana diri ini selalu ingin menjadi diri itu,
kerana seringkali sesat sedang tangan mengenggam kompas.

maka berterbangan diudara,
kerana lelangit itu terlalu tenang,
memakan segala benang2 tajam yg halus didalam jiwa,
seutas demi seutas dihuraikan, dileraikan..

kerana terlalu taksub menghadapi dunia,
seringkali manusia leka pada kemampuan akal dan perasaannya,
menggunakan nafsu dan mata2 buta utk mengharungi gelap malam..

bersyukurlah kerana ada manusia,
bersyukurlah kerana ada diri itu,
bersyukurlah kerana ada diri ini,
kerana Manusia asalnya diciptakan utk memperhambakan dirinya, kepada Sang Pencipta yg maha Esa.

dan sesungguhnya, kesakitan hari ini itu kan menjadi perisai sakti menghadapi esok hari.

Hadapi dengan ketenangan
ketenangan itu ada bersama Tuhan
dari situ datangnya kita..
dan sudah semestinya kembali kita disana jua.

maafkan aku kerna benar2 tinggalkan ko

maafkan aku kerna benar2 tinggalkan ko

huhu...
penat sial aku...
ternyata aku kalah...
jika kau membaca ni aku ingin memohon barbanyak kemaafan kerna membebankan ko sebelum nie...
aku lakukan ini adalah untuk megotakan permintaan ko utk tinggalkan ko..kerna aku mahu ko berubah seperti yg engkau mahukan...
n aku minta diri dulu...
thankz for all k...
ku harap ko akan berubah jugak suatu hari nanti...biar masa yg menentukan...
aku pasti dan terus pasti kerna aku yakin dengan harapan dan pemikiran aku..
persahabatan kita mati di sini..
dan aku doakan agar kita dapat jumpa di lain kehidupan...

iklas,
the pidot

i’ll let u go (a leaving girl with a smile)

i'll let u go...

The endings are painful,
yet again i will start,
to end with more lies and tears,
and another cruelly broken heart.

Love is a reason,
to be treated like dirt.
Love is an excuse,
an excuse to get hurt..
sory i've to leave u..
leave u from my life...

Note : Ochee said this could be the last poem from her, KJL would like to thank her for all the inspirations and all the experience that she'd share with us. May God bless u in all the way.. Thanks a lot our dear friend Ochee.

Poem By:
Ochee

indah dan seksa..

termenung seketika,
mengimbas kembali saat indah,
saat kita berdua memadu asmara,
tiada sedikit pun cacat celanya,
terasa seperti dunia ini aku yang punya,
hari-hari indah di habiskan bersama,
tiada peduli orang di sekeliling kita,
ohhh...indahnya hampir membuat aku tak lena..

termenung seketika,
kerana kini hanya aku yang menanggung seksa,
menderita kesakitan dari perbuatan cinta kita,
keindahan dulu hanya mainan semata-mata,
sedang engkau asik bersama si dia,
aku disini hanya sengsara,
ohhhh....seksa ku derita..

By :
Ochee

"peoples called me *tut* and two kind of person.."

i am trying to be better from last time but,
peoples called me bullshit,

i am was always choosed the wrong way and i thought it was truth but,
i've made a wrong decision peoples called me shit,

i need someone to a company me just for a few minutes but,
i stoal from someone and she said im bitch,

i am empty but trying to fulled myself with something new but,
it doesnt work peoples called me crazy,

i love people's around me and tried to close with them but,
they really hated me and called me pyscho,

i am always did something wrong and take some drug but,
he's always gave a piece of advice and called me pretty,

i am very bad person i hated myself but,
my mum still love me peoples called me silly....

this is me,
i live with peoples around who really hated me, treated me like shit and more..
but i've two kind of person who's doesnt care about what peoples said..

poem made by me..[ochee]
this is we called life, my beautiful life...

By
Ochee

SANDIWARA

Cukuplah sudah
Sampai disini saja
Aku tak mampu lagi
Melayan sandiwaramu

Aku tabik dengan sandiwaramu
Namun sampai bilakah lagi
Kau ingin bersandiwara begini
Aku tak mampu lagi

Katakan saja
Kau tidak pernah sayangi aku
Pandanglah tepat ke mataku
Dan katakan saja

Hentikan sandiwaramu
Jujurlah dalam hubungan
Pergilah padanya
Jika aku bukan pilihanmu

Pergilah kau pergi
Lebih baik kau pergi
Dari terus bersandiwara
Aku tak mampu lagi

Tidakkah kau terasa
Kau telah buat ku kecewa
Hentikan sandiwaramu
Dan pergilah kau kepadanya

Jangan kau tagih lagi
Cinta dan sayang dariku
Cukuplah selama ini
Kau buat ku kecewa

By:
Atie [freaks]

Chenta Kuchar Kacher

Chenta Kuchar Kacher (Tulisan Hati Beliau...)

sayang dengarkanlah
rintihan hatiku ini
yang selalu berkata
ku sayang padamu
kan ku pedamkan di dalam hati ini

seandainya kita x dapat bersama
mungkinkah selamanya
kau x akan kembali
cintaku tetap x akan berubah

aku rindu...
aku rindu kepadamu
bila kau jauh dariku
ku rindu belaianmu
aku teringat kisah silam kau
kau dan aku

bila kau renung wajahmu
kau slalu di hatiku

mungkinkah sayang
engkau x akan kembali
ku akan kesepian
kesunyian
tanpamu
mungkin kerana....

engkau jauh dariku


nukilan : chnta kchar kcher..

merdeka...?

sulami detik2 kemenangan
menitiskan air mata dosa
menitiskan air mata keinsafan
membahagiakan, mengkhayalkan
persamaan ruang udara yang dihirup bersama
meluangkan kelapangan masa, meskipun dihimpit-himpit kelenaan
persamaan ruang angkasa yang mempunyai bintang berjuta
menjauhkan pemerhatian, meskipun terbatas penglihatan
kemenangan yang disulami
berkat pemergian kebanyakan sahabat
berkat peninggalan kebanyakan penjahat

mereka kata "merdeka...!"
kerana mereka merasakan kebebasan?
kerana mereka merasakan perjuangan?
mereka kata "merdeka..!"
kerana tanda penghargaan?
atau kerana hari itu hari pembebasan..?

mereka bernyanyi "merdeka..!"
kerana mereka gembira
atau kerana mereka yakin akan "merdeka"....?

biarkan mereka bernyanyi
biarkan mereka menjerit
kerana ada yang masih tidak tersedar
mereka masih dijajah

oleh diri mereka yang diselubungi bendera2 penjajah
.

m a n u s i a

Manusia..
hanya penuh dengan permintaan...
seringkali mendengus kekecewaan..
bila permintaan tidak ditunaikan...

Manusia..
seringkali mengejar kebahgiaan..
hanya mahu kegembiraan...
namun tak pernah terlintas utk dikecewakan..

Manusia..
hanya mahukan kesempurnaan..
seringkali mendesah keresahan..
bila kehendaknya diabaikan..

Manusia..
saling bergantungan sesama mereka..
bersama2 mendaki utk menawan gunung yg indah..
tapi masih yang ada suka menendang dari menarik tangan rakan2nya..

Manusia..
penuh dengan pertanyaan..
penuh dengan persoalan..
tapi sentiasa lupa apa yang sepatutnya ditanyakan..

kau dan aku sama
menikmati ciptaan tuhan..
menghayati setiap pernafasan
menghargai setiap pedoman..

tapi apakah kita masih sama
pabila kau menyalahgunakan
segala nikmat lelangit yg terbentang
setiap sedutan pelusuk hidungmu demi kehidupan

Manusia mahkluk yang sempurna
kerana mereka ada akal dan pancaindera
kerana mereka ada jiwa dan naluri
kerana mereka punya arah...

kau manusia apa?

Kau Siapa Aku Siapa..?

merangkak.

berjalan
kau apa peduli..?
kau bising2, kau marah2,
kau siapa aku siapa..?

aku berkhayal, aku berangan
kau ucap kosong, kau kata tolol
aku bahgia, kau merana?
kau siapa aku siapa..?

kau guna mata
tak guna hati, tak guna akal
kau nampak kotor, sbb diri kau yg mmg lumpur
apa aku buat apa aku laungkan
itu aku punya langit, aku punya padang..
aku jatuh aku terhempas, itu juga aku
kau kata kawan, tapi kau juga kosong
kau nak bantu aku tapi kau pon jahanam
kini kau atau aku yang tanya, yang fikir
kau siapa aku siapa..?

kerana aku begini
kau jangan la jadi begitu
kerana kau dah jadi begitu,
kau jgn marah aku jadi begini

aku masih ada dan genggam kesedaran itu
kau tak perlu risau aku sesat dijalan lurus
aku bukan tolol bukan kosong
aku ada kawan ada seperjuangan
aku takkan berfantasi didalam realitti
kerana aku manusia kau manusia
sama2 fikirkannya....

Original idea By
tepOk~tepOk penGanGkap (Yana APL)

bintang disembunyi langit

gemerlap langit disebalik senyuman langit..
ada cahaya, ada kelibat bintang disembunyikan..
namun masih samar2 kelihatan...
masih samar2 dan kejauhan..

teruskan lagi melihatnya menjadikan diri teruja utk memilikinya..
ingin memeluknya... ingin menguasainya...
namun diri ini terlalu kerdil dan kecil utk mengapainya..
yg sebesar langit dan seluas semesta pengertiannya..

kekurangan dan kelemahan..
menghalang kaki dari melompat..
menghalang minda dari berelusi..
tp masih berdaya utk melangkah..
tp masih bergeliga utk memutuskan..
kerana hidup perlu diteruskan..
kerana ada jalan yg perlu dilalui..

kebudak-budakan, ketidaksenonohan,
menjadi kan diri dipandang kecil,
menjadikan diri sering dipinggir,
kerana meraka terasa besar..
kerana meraka terasa meriah..
tp masih utuh semangat utk ke bintang..
tp masih gembira sehingga berkata syukur..

cahaya disebalik langit yg tersenyum
masih memanggil dalam kerintihan..
seolah2 ada khayalan yang mengasyikan
seolah2 ada petir menanti utk menyambar..

langit dipadang yg terbentang luas..
nampak kosong, kontang, kering dan tandus.

namun mata hati melihat ketenangan
melihat kemeriahan, melihat satu kehidupan...

Tidak Terkisah

Tidak Terkisah

Bukan jalan yang lurus
Untuk ditempuh
Meninggalkan kesan
Yang menjahit seribu luka di dalam

Tubuh terkaku layu
Walau angin masih membantu
Tidak terkisah mayatku di pelabuhan
Letih berkelahi dengan mautku

Seakan sesuatu itu memeritkan
Adakah engkau di sana wahai malam…

Aku ingin terjang
Walau ku tahu
Kudratku membatasi waktu…

A.K.U.
-Alamku,Kisahku,Usiaku-
17/05/08
8.28 pm
Kamarku…

Sesudah Itu

Sesudah Itu

Aku hadir bukan untuk menagih
Aku hadir bukan untuk diperlekeh
Aku hadir bukan untuk bersedih

Aku hadir kerana takdir
Aku hadir kerana nasib yang tertulis

Sesudah itu aku akan melangkah pergi
Dari hidup kalian
Membawa seribu maksud
Yang tersirat dari bagian hidupku…

a.k.u.
18/05/08
kamarku
Saat Kematian

Saat kematian datang menjemput
Tiada lagi kehingaran
Hanya duka atau esak tangis
Saat ajal datang menjelang
Tiada apa yang nak ditinggalkan
Segala kasih dan sayang
Sudah tertutup buat kalian
Takkan lagi berpaling
Dari asal diciptakan
Sebaliknya menyerah dengan
Hati yang lapang
Dan terbuka…
Saat Kematian

Saat kematian datang menjemput
Tiada lagi kehingaran
Hanya duka atau esak tangis
Saat ajal datang menjelang
Tiada apa yang nak ditinggalkan
Segala kasih dan sayang
Sudah tertutup buat kalian
Takkan lagi berpaling
Dari asal diciptakan
Sebaliknya menyerah dengan
Hati yang lapang
Dan terbuka…

a.k.u.
18/05/08
Kamarku.

bukan maksudku

Bukan Maksudku

Bicara soal mati
Bukannya mahu mati lagi
Bicara tentang pergi
Bukannya selalu pergi
Masih ada di sini
Duduk termangu di hadapan mu

Tapi…
Andai nasib sudah termaktub
Buat apa tunggu termangu
Biarkan aku berlalu
Melangkah jauh
Walau bukan maksudku
Meninggalkan kamu dan seluruh isi hidupku…

A.K.U.
18/05/08
kamarku

Sahabat Dan Cinta

Dia sahabat telah menemukan aku
Dengan Cinta di bawah satu sinaran
Dia sahabat telah memberi aku
Kebahagiaan yang tak terhingga..
Adanya Cinta dalam hidup aku
Merempuh segala onak duri bersama
Makin hari Cinta berubah..
Cinta tak seperti dulu..
Sahabat yang ku cari..
Meluahkan segalanya..
Sahabat menasihati diriku..
Dan pada suatu malam..
Sahabat dan Cinta gembira berjalan bersama berpelukkan..
Kini ku tahu apa sebenarnya yang terjadi..
Sahabat kini bukan lagi Sahabat..
Cinta tak mungkin dapat menjadi Sahabat jua..
Kerana sahabat aku gembira..
Kerana sahabat aku kecewa..

By
ATIE..

"masa yang telah"

Sepanjang aku mengenali dia, dari mula dia teristimewa.
Dialah adalah masa hidup ini. Dalam gelap yang gamat.
Dengan suara itu aku mencari. Kaki yang lemah, di pimpin jelas dan didokongi.
aku simpan wajahnya dihati. Aku simpan wajahnya dihati.
Agar aku tidak hilang.

Namun. dihujung sana, gelombang itu sendiri. Terus dan terus mencintai. menunggu kembali,
dilukai, sendiri dan memekik.
Aku tahu dalam pekat malam, dia menangis,
lalu ditelan semula air yang mengalir, agar dapat memujuk tekak yang memekik.

Dari suaranya, dia mengajar aku erti setia. Dan aku si guru luka.
Ketabahan itu mutlak. Dalam sendirinya, dari dua pasang mata yang setia,
cahaya mula menyinar masuk.
cukup cantik melorongi cahya hati.
cahaya itu cukup mengukir senyum ku tika ini.

Dan dengan tangan kotor ini diciumnya setiap kali.

Sejak aku melihat dia. Dari mula dia teristimewa.

By
Irama

ada cahaya

telah lama dibiarkan
berapa lama dibiarkan fikiran berlegar - legar
mengejar bayangan terus berdatangan
masih menunggu
kehitaman bayang-bayang
merasuk masuk
mengeladah ruang
dan tempat tinggal kehidupan
seorang yang menanamkan dirinya
pemikir yang tegas
tidak peduli bayang-bayang menghantui
tidak peduli kehitaman menanggung
merusuk perjalanan
kerana di depan
ada cahaya yang bergemerlapan

By
This Life Suck!

w a r n a

warna itu kian pudar
kian kelam kian kusam kian lesap
warna itu warna kelmarin
warna itu warna luput

kekelaman dan kelemasan didalam timbunan warna
menyedarkan dan menlenakan didalam kealpaan
menjadikan diri kian sombong kian longlai
mengajar dan kurang ajar dalam kelemasan

pembentangan di alam yg luas
pemandangan yg penuh dengan kewarnaan dan sifat2nya
membuka dan membutakan penglihatan
memanjang dan memendekkan akal fikiran

warna itu kemeriahan
warna itu kegelisahan
warna itu keriangan
warna itu kesedihan

pelangi yg mencantumkan segala perasaan
pelangi yg membawa kepada keindahan
warna yg memberi impaksi merubah kehidupan
sering dilihat sebagai panduan perjalanan

penguasaan ke atas langit dan bumi
sehingga terlupa pada pencipta keindahan
sehingga angkuh kepada penglihatan
kekaburan yg kelam kerana terlalu mengejar pelangi kewarna-warnian

kita mudah takbur mudah keinsafan
mudah lupa walau selalu memberi peringatan
mudah kecewa dengan setiap kebahgiaan
mudah sesat ketika mencari jalan pulang

kerana sering terpedaya pada keindahan warna..

Sinaran Persoalan

Sinar
Menyinar
Menyamankan
Menenangkan

Sinar
Menyilaukan
Mengkhayalkan
Menyesatkan

Sinar
Menujukkan
Memberikan
Harapan

Sinar
Menghangatkan
Membahangkan
Membakarkan... Impian

Sinaran
Kehidupan, Kejahilan
Sinaran
Kebenaran, Memesongkan

Sinaran yg penuh dengan persoalan

perKELANA Jiwa

langkah langkah yg disulami kehidupan
membiarkan diri ini menjerit didalam kekosongan
mengembalikan segala nostalgia yg lama terpadam
langkah yg sudah lama terhenti, kini diteruskan

penuh duka, penuh kecewa, namun masih alpa
manusia menyembunyikan kesombongan
disebalik setiap lapisan senyuman
disebalik setiap langkah kebaikan

jiwa berkelana lagi
didalam diri yg menyepi
longlai terlayu hampa tidak terperi
jiwa dihiris lagi hilangkan segala suci

jiwa berkelana lagi
didalam kekosongan langkah
didalam kabus tebal yg bercahaya
setinggi bintang di langit, setinggi impian di jiwa

hilangkan dirinya, hilangkan segalanya
kerana yg ada hanya duka dan pura-pura
tiada lagi keikhlasan, tak pernah lagi difikirkan
tiada lagi kesucian, tak pernah lagi dipertimbangkan

manusia menjalani lagi
setiap kelana didalam jiwa
melalui dengan kepura-puraan
melalui dengan ketenangan

masih ada kabus didalam jiwa
masih ada kelana didalam jiwa
biarpun langit terbentang luas
namun masih sempit di pemikirannya.

malam ini aku berkhayal lagi

malam ini aku berkhayal lagi
kali ini lebih jauh dari diri sendiri
aku dibawa arus yg aku tak kenali
namun aku asyik dibuai mimpi

malam ini aku berdiri lagi
mendongakkan kepala ke langit tinggi
membelai jiwa yg kian alpa
menusukkan jarum2 liar di benak minda

malam itu dan malam ini
aku tidak sendiri, aku bersama khayalanku
puas aku terjaga, namun aku masih berada disitu
disitu yg dimana aku sendiri pun tak tahu,

aku asyik bersama mimpi palsu
aku terjaga namun ku biarkan diri ini lena
teman sering datang bertandang
temang sering membuat ku rasa ditendang
demi membangkitkan aku yg lemas dalam diri sendiri

lena dan dibuai mimpi
di atas langit yg terbentang indah
bersama sang penghias alam , sang pengKecah alam
ku biarkan diri bertembung dengan segala mimpi

malam ini aku berkhayal lagi
khayalan ku makin lama makin terguris
sedikit demi sedikit aku mencantumkan air itu
walau ku sedar ait takkan putus walau dicincang

malam ini aku berkhayal lagi
malam ini dan malam-malam seterusnya
kerana malam kian gelap bg ku
tak sanggup ku biarkan ia malap lagi,
kerana malam ku adalah milik ku selamanya

para-para yang kehilangan kunci hidup

Mungkin ..
Benar kata mu kawan..
Pasti ada hikmah yang berlaku di sebalik semua ini
Ada cerita di sebalik pintu hitam..
Yang pastinya tak mungkin ku temui kunci pendua..

Mungkin ..
Benar kata mu kawan..
Aku perlu kembali berdiri..
Memadamkan segala teka teki tersarang
Mengutip sisa kasih yang telah ditinggalkan..
Dan kembali menyambung jejak hidup ini..

Aku tidak mahu bergini lagi kawan........!

by:
Ghost^Love

ANTARA CINTA PERTAMA & KASIH KEDUA

oh Tuhan,dlm termanggu aku sendirian,
menyebut namaMu dgn perlahan,
air mataku mengalir..pipi kebasahan,
memandang sudut sebuah pengorbanan,
tak dapat kuhitung kotaj fikiran,
tak dapat kuluah jiwa kebuntuan,

waktu berputar terus menerus,
semuanya berselimut dsebalik kabus,
perasaan kasih aku tak pernah putus,
mencari jawapan dalam hidup berkamus,
demi makna anugerah yg tulus,
membalut 1000 luka hati yg kudus.

Tuhanku,cahayamu membaluti buntu imanku,
Tuhanku, sinarmu menarangi gelap mataku,
dimana arah perlu kutuju,
agar hatinya tidak sayu,
agar hatinya tidak kaku,
atas dugaan hidupnya yg satu.

kasih tidaklah cinta,
kasih kekal untuk selamaya,
walau cinta agung nilainya,
namun ia tidaklah lama,
andai benci yg dia minta
kasih bernokhtah cinta penamatnya.

by:
afzieya

Langit Ketenangan

burung berterbangan dan berkicau
menghiasi pemandang langit yg sering kelam
mencetuskan permainan ketenangan
menjadikan jiwa berkocakan

aku mendongak lagi
memerhati ketenangan dari bumi
aku hanya mampu memerhati
aku tak mampu mengecapi

diri bagaikan diambang pedang
mengguriskan setiap langkah perjalanan
hanya untuk setiap capaian pedoman
namun sering tersasar dari laluan

burung itu masih kerkicauan
makin kau kicauan dan kekacauan
kegelisahan dan kerambangan
mengasingkan diri dari kekeliruan

hanya satu penglihatan
hanya satu capaian
hanya satu perkelahian
demi mencampakkan pedang yg menganggu perjalanan

kekuasaan yg tiada tandingan
kembali kejalan yang sehalus sutera
menyembuhkan kedukaan
menguasai langit ketenangan

Dalam ruangan sekotak ini

Dalam ruangan sekotak ini

Penuh sesak kenanganku

Dalam ruangan sekotak ini

Penuh dia menghantuiku

Dalam ruangan sekotak ini

Rasa pun tidak muat untuk di satukan isinya

Semua isinya bersatu menghentak-hentak

Di satu benak miliku

Aku keliru

Bernafsukah aku merasai ruangan yang kian

Mengikis setiap inci hatiku

Yang kadang berkelip cahayanya

Dan kadang terang kebodohannya

Bergoncang ruangan sekotak ini

Bila matahari merundum pergi

Malam gelap setia menaburkan bintang yang pasti

Namun ianya kadang tidak berseri

Aku tidak mengerti turun naiknya rasa ini

Tergeliat seluruh rasa namun apa yang ku rasakan

Masih kosong masih kosong..

Seakan menipu aku merasa

Tapi terlindungnya rasa kerna tiada siapa yang peduli akannya..

Ku goncangkan lagi ruangan yang sekotak ini

Ku dengar ada tangis di dalamnya

Ada kerinduan di akhir bunyinya

Tapi mengapa ianya enggan bersuara..

Apa MALU? Apa KECEWA? Apa SEMBUNYI?

Jawablah si penjawab kau tahu apa mahuku..

By
neeya arifin (A R U S)

p a r i - p u r a

gerak lidah membelai bahasa
membicarakan bicara kata
menerpa ke alam syurga
meyakinkan diri pari-pari syurga

gerak indah bicara malam
membicarakan pengisian dikala kekosongan
menantikan cahaya walau dalam cahaya
nyata kau tak lebih dari pari-pura

kau indah kau hebat
kau sempurna kau nyata
kau khayal kau gulana
kau sulam sebuah khayalan
kerana kau seorang pari-pura

kau pukau kau alpa
kau berlidah kau berputar
kau main bicara
kau main keruan hati
kau tak ubah bagai pari-pura

badai datang lagi
kali ini lebih hebat lebih gah..
sesuat untuk menghembus kau pergi
tiada alam ini mengizinkan kewujudan kau
kau tak ubah seperti pari-pura

kau rosakkan khayalan kau gemburkan celakaan
kau hanya perosak dan kau membinasakan
kau tak ubah bagai pari-pura

Kepak Khayalan

terbang tinggi
takut untuk mendarat
tp akhirnya terhempas

terbang rendah
takut dgn ketinggian
tp akhirnya terkandas

terbang sederhana
takut tinggi, takut terkandas
tp akhirnya ditembak mati

terbang, dan terbang..
terbang ke langit tinggi
terbang di permukaan
terbang dipertengahan
terbang lah kemana jua
kau takkan sentiasa berterbangan

tiada sayap, mahu sayap
dapat sayap lupa bumi
ada sayap igt bumi,
tapi lupa pemberi sayap

manusia bukan burung
manusia adalah manusia
org lain ada sayap
org lain ada kepak
diri sendiri ada diri sendiri

khayal
khayal
khayal
kau akan berkhayal
demi langit yg luas dan tenang

khayalan menuju kebahgiaan

khayalan menuju kebahgiaan
khayalan menuju kebahgiaan

benar indah belaka
benar cantik segala
tiada ilusi tiada dusta
hanya khayalan belaka

benar kata bagai di kata
benar cinta bagai di rasa
tiada indah hanya gembira
hanya khayalan rasa berkuasa

diri terlentang, terdampar
diri ditendang, di tampar
pedulikan segala hina
menuju khayalan menuju bahgia

pisau didalam hati
pisau panas didalam jiwa
pedulikan segala darah
menuju khayalan menuju bahgia

hari2 tetap berlalu
hari2 tak pernah cemburu
gelap malam datang menghantu
gelap malam menyeri kalbu

khayalan menuju kebahgiaan
hanya khayalan tetapi kebahgiaan
walau hanya khayalan
walau hanya berkhayal
terima kasih kerana membuat diri ini berkhayal

berkhayal dalam halusinasi yg penuh dgn kontroversi
biarkan...!!!!!!!!!!!

Mereka Sang Pemerhati

mereka kelihatan
kelihatan segalanya
mereka memandang jauh
walau penglihatan dekat

sang pemerhati
memerhati kan alam
alam yg dipenuhi
pemandangan dunia

sang angin malam
menghembus kuat
meleraikan badai
memulakan badai

sang dunia
selalu menjadi mangsa
kini kian tua
tiba masa menjadi kabus jua

malam kian gelap
gelap yg sgt malap
cahaya yg hanya smpai
diseparuh jalan

terkandas di bumi yg penuh keduniaan.

Terbaring Tidur

Terbaring Tidur


Bismillah.....


Setiap mati pasti ada hidupannya lagi...
ibarat berjalan di tanah sepi seorang diri...
mencari selak selak hari yang barunya pergi...
melabuh rasa kepada NYA yang janji menanti...


Tunduk, sujud di lembah sana...
yang tidak akan sama seperti di dunia...
merasai sakit yang sering bercerita...
tentang piala maya yang pernah berdamba...


Pastinya yang hidup tak akan melupakannya...
bersama nama ia tinggalkan yang dia cinta...
tinggalkan waktu yang pernah merasa bisa....
bersama jiwa yang tabah dicerai derita...


Aku pohon maaf kepada di dunia...
sebutkan nama ku di dalam doa doa ketika sujud padaNYA...
agar segala sinar yang bersuluh akan diiring di sana....
hingga aku kekal bahagia tanpa derita....

Amin


By
G O N E

the path that i have taken.

the path that i have taken.
(story Of my life)
hate to say this... but im totally lost minded lately.. i dont even know why. (i miss her..? bullshit.....!!) well i just say what i want to say.. i used to be so poor out there, but i still can go on.. still can live peacefully, coz i know, there is always have a friends who willing to save me from a lot of problems....
those all days that we have been thru, yeah. it was great.. we are happy.. we are strong together.. and i almost believe, that nothing can beat us...! we will happy till the end of the world, then our happiness would be continue in heaven after the Final Judgment...! but.. the world... it is just keep on roll.. and roll.. it made us back to the beginning.. from the times that we never know each other.. made us.. erase all of the memories.... our feelings faded away, just becoz of a very single bullshit things. we started to hate each other, we started to feel unhappy when together, we started to feel something is not right out there, but the true is, we are the one who got problems, the problems is not out there.. but deeply on our heart...i dont even noe. which part of us has change, heart..? our mind..? we are the one who can feel those things..

i don't know. my ups n downs keep on telling me that i've done the right things, i've done the best things. but the end is not like what i want. it goes wrong. badly wrong. the results has taken away all of my life, i goes down, deeply down, and for this time, no more hand can catch me, no one can save me, i need to survive, need to save my own self. but, how on earth i can do that...? i used to save a lot of people, but no one can save me from now on..

then i realize, im not the one who should feel guilty, i am an innocent...! if i keep on thinking that way, i should be able to save my self, stand up, and start to hunt down all over the world the person who put my life deeply and totally bullshits. but.. so what then..? if i knew the true, if i catch the person who took away my love, my life, so what then...? kill them..? and try to roll the clock back to the times we used to be happy...? is that so easy...? it might not impossible, i might be able to do it.. you know.. rolling back.. back to the old times.. but... at the very last time, i choose to leave it alone.. i choose.. to forget all about it, and try to rebuilt another happy and peacefully lives. and that is the path that i have taken. even till now, i dont either know what is right or wrong... i choose that way... bcoz i believe.. if i.. and her.. is meant together.. we will... see each other again... and that is the times.. where i need to choose again.. which path should i go, and that would be for the last time, where i need to choose.

what the hell... why should i be this way.. it was a month.. but i still on this fuckin hole.. i never wake up.. when i awake, i was in the dreams again.. again and again..... till when..?

from
L

W A K T U I N I

Hidup ini takkan sempurna
andai kau tak menghargai
jua tak kau mensyukuri
mungkin kau takkan mengerti
makna susah hidup ini.

Pada waktu sama ini
ada insan menagih simpati
demi secebis, sepohon rezeki
kerana sayangnya kepada adik
yang menangis dirumah.

Peluru yang ditepis hanya dengan tangan
kawan yang ditembak mati bersebelahan
dikepala.
Dan ada sampainya debu debu menjadi habuan si ibu kepada anak
yang menangis kelaparan.

Mengapa tak kau mensyukuri
dengan pergi ke tempat tempat yang tak diingini
menikmati rasa sampai ke pagi.

Memang, memang kau selesa
tapi cuba bayangkanlah
cantik kau, dihodohkan
pipi kau, dilobangkan
keistimewaan kau ditarik satu persatu
didepan matamu, tanpa mampu berbuat apa apa.
Bayangkan
hanya sebelah kaki kau dipatahkan
sebelah sahaja

atau
mungkin kau memang takkan pernah mengerti


By
Irama

h u j u n g p a n g k a l

Sahabatku
Musuh
Musuhmu
Si penghasut
Temannya
Sang penguji
Bergurukan
Pencaci
Gurunya
Kini
Selamanya
Sunyi
Memperhambakan
Ilusi
Pada
Diriku
Ini


By
IRAMA

Maruah Sejagat

Perlu ke aku mengalah atau terus kalah?
Mengapa aku tewas atau terus ditewaskan??
oh tidak...
Takkan ku biarkan ia terus ditawan lagi
dan takkan ku biar ia mudah ditembusi
Akan ku perjuangkan semati mati
demi mempertahankan maruah diri
Kan ku bangkitkan semangat rock sejati
Agarku terus Berdiri..

to be continue..


By
Amin

BINTANG

malam itu aku lihat awan yang gelap..
terlihat bintang-bintang kecil yang menyinari malam yang gelap..
ku terkenang masa lalu..
saat aku ditemani bersama merenung awan yang disinari ribuan bintang..
sambil memegang tanganmu..
berhalusinasi akan dirimu..
apa aku akan terus bersamamu..
apa akan ada esok untukku bersamamu..
apa akan masa menghantui dirimu..
dapatkah aku lalui saat itu..?

tapi itu saat dulu..
kini aku sendiri..
sendiri ditemani bintang..
sendiri menangisi kehilangan..
ku tak sanggup melawan hari-hari ku dengan luka..
akankah bintang itu akan terus menemaniku..
mungkin ianya akan pergi pabila fajar terbit kembali..
namun akan ku terus menunggu..
ku terus menunggu akan bintang yang menemaniku..


by
Remy

dariNye ku datang dan dariNye kupergi

Cakap-cakap begitu sebegitu, begini sebegini

Aku punya kawan,

Dia suka cakap begitu sebegitu, begini sebegini,

Pada satu hari cakap-cakapnya yang begitu sebegitu itu dibuktikan sebenarnya adalah begini sebegini,

Dia cuba berdalih,

Katanya, apa yang diucapkan begitu sebegitu itu adalah bermaksud begini sebegini. Orang lain yang mendakwa bahwa dia bermaksud begitu sebegitu.

Aku geleng kepala, bukan pening tapi suka.

Pagi yang dingin kelmarin aku berdiri di tepi tebing cenuram sambil perhatikan dua ekor helang sedang terbang ke sana ke sini lagak pasangan sedang bercinta. Aku begitu mendambakan rasa sedemikian.

Lalu aku siapkan sebuah layang-layang agar aku dapat menikmati hidup bahagia bak helang-helang berterbangan.

Betapa manusia suka kiranya mereka menjadi orang lain yang bukan diri mereka.

Kucingku, MIeww datang ke kakiku sambil menggesel badannya yang montel. Aku geli tapi juga suka.

Sungguh aku rindukan padaNYA...


From
'hilang'

Aku Terluka Lagi

Aku Terluka Lagi

Aku tahu kau tak mengerti..
tika ini aku meniti di titian rindu..
menjejaki saki baki kasihmu..
namun kau berdalih dan terus sembunyi..
bagaikan aku dalam samaran
sedikit lirikan kau tak hiraukan..
aduhhh..
sakitnya..
aku terluka lagi..
bagai hirisan sembilu membisa
walau tak berdarah
namun sakitnya tak terhingga
berdarah di dalam kau tak rasa..

by
Sleeza(HatiTerluka.com).

L E T I H

Letih

Kau sedang mengarang apa?
Aku sedang mengarang khayal.
Khayal apa yang kau karangkan?
Khayal yang kosong.
Kosong?
Kosong. Nil. Sifar. Zero.
Kau mahu mendengar cerita?
Cerita tentang apa?
Cerita tentang manusia.
manusia yang bagaimana?
manusia yang kosong.


By
Amin Is Back To Roots

apa erti cinta?

Cinta Bukan Mengajar Kita Lemah tetapi membangkitkan kekuatan..,Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan..,Cinta bukan melemahkan semangat Tapi membangkitkan semangat..

Tiada cinta tanpa pengorbanan..dan tiada pengorbanan tanpa Cinta...

Tanyakan kepada Dunia,APA ERTI CINTA..? Cinta adalah airmata..Cinta adalah Pengorbanan..Namun diatas semuanya..CINTA adalah sebuah anugerah Indah yg tak ternilai....

From,
F&F

cinta

Cinta..
Andai cinta itu suatu kepuraan
Tunjukkan ku akan kebenaran
Andai cinta itu suatu kepalsuan
Arahkan ku jalan keabadian
Andai cinta itu suatu omongan
Halakan ku sinar ketulusan
Andai tiada cinta sejati
Maka, matikanlah aku
sebelum ku mati kerana ia…


Cinta..
by Sleeza

Bingkisan Hidup

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambilnya.. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.. Karena ia akan sakit oleh krn bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.. Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.. Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjg hatiny.. Janganlh sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin dia tdk dpt melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jgn terlalu mengharap pd takungannya dan jgnlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekedar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak, tentu sukar utk kamu menambalnya semula.. Akhirnya ia dibuang.. sedang jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dpt dipergunakan lagi.. Begitu juga jika kamu memiliki seseorg, terimalah apa adanya.. Jgnlah kamu terlalu mengaguminy dan menganggapny begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa.. Jika kamu telah ada sepinggan nasi, yg kamu pasti baik untuk dirimu.. Mengenyangkan.. berkhasiat.. Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yg lain?? Terlalu ingin mengejar kelezatan! Kelak, nasi itu akan basi dan kamu akan menyesal.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seorg insan.. yg kamu pasti membawa kebaikan pd dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yg lain.. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik org lain.. Kamu jua yg akan menyesal..


From~
EILYLEEN~

SADARKU DARI GELUNGAN MERDU..

RESAH JIWAKU...
TERSEKAT NAFASKU..
KULENYAPKAN IMPIAN..
KUTELAN KEPAHITAN..

TAKAN KUKEJAR LAGI
PELANGI INDAHT
AKAN KUSELAMI LAGI
LAUTAN KASTURI...

SADARKU DARI GELUNGAN MERDU..


From
Akeem

Hidup di dalam kehidupan

perjalanan yang panjang
membuatku bosan dan sering terhenti
aku masih berdiri
didalam hidup yang penuh kehidupan
perjalanan masih jauh
membuatku penat dan keletihan
namun masih ku gagahi
walau sering tersungkur kebumi

aku hidup hari ini
tak pasti lagi utk esok nya
aku bernafas lagi
didalam aroma udara yang tak selalu harum
aku hidup hari esok
tak pasti utk lusa
aku masih berdiri
didalam hidup yang penuh kehidupan

ini realiti ku
ini duniaku
ini hidupku
ini perjalananku
dan ini lah perjuanganku
aku masih lagi hidup
didunia yang penuh dengan kehidupan

sajak buat 'mami'..

sajak buat 'mami'..

pernah hati bertanya siapa diri ini..
semalam yg telah menyedarkan dari terus hanyut..
yg lepas akan ku jadikan pengajaran utk bekalan perjalanan..
hanya doa ku ingin mencari pedoman..
andai masih berpeluang bersama..
inginku menebus segala dosa2..
andai masih bersama ingin ku lihat tawamu..
angin yg dtg pasti akan berlalu..
akan ku pohon tuhan teguhkan imanku..
agar dapatku teruskan cita-cita ini..

ikhlas buatmu By
Amin Is Back To Reality

f i r s t o r l a s t k i s s ?

Semua cintaku bersemi
Saat kau cium diriku tuk pertama kali
Semua terasa bermakna
Dalam hidupku
Hangat yang kau beri
Manis yang kau beri
Cinta yang kau beri
Semua terasa indah

Ya…

Semua jadi awan kelamku
Saat kau cium diriku tuk terakhir kalinya
Awan dihatiku pun menangis
Semua tak bisa kurasakan lagi…
Manis ciuman pertamaku…
dan pahit saat kau cium tuk terakhir kali
Semua jadi kenangan cintaku..

What you think?
First or last kiss?? Mana yang buatmu lebih bermakna??

h a m p a

Tak ada angin, tak ada kabar
Kumenuggu suatu yang tak pasti
Tak ada sapa, tak ada tawa
Seribu Tanya berpacu dihati

Hari-hari panjang kulalui
Kata yang kunanti tak kunjung tiba
Sia-sia yang kudapati
Kata yang tak kuharap justru terungkap

Sakitnya hati sampai tangis tak tertahan
Teriakan mengoyak menembus diri
Panasnya hati sampai buang smua kenangan
Kehampaan membekukan diri.

By
ehsan puisi kita