Thursday, February 26, 2009

perKELANA Jiwa

langkah langkah yg disulami kehidupan
membiarkan diri ini menjerit didalam kekosongan
mengembalikan segala nostalgia yg lama terpadam
langkah yg sudah lama terhenti, kini diteruskan

penuh duka, penuh kecewa, namun masih alpa
manusia menyembunyikan kesombongan
disebalik setiap lapisan senyuman
disebalik setiap langkah kebaikan

jiwa berkelana lagi
didalam diri yg menyepi
longlai terlayu hampa tidak terperi
jiwa dihiris lagi hilangkan segala suci

jiwa berkelana lagi
didalam kekosongan langkah
didalam kabus tebal yg bercahaya
setinggi bintang di langit, setinggi impian di jiwa

hilangkan dirinya, hilangkan segalanya
kerana yg ada hanya duka dan pura-pura
tiada lagi keikhlasan, tak pernah lagi difikirkan
tiada lagi kesucian, tak pernah lagi dipertimbangkan

manusia menjalani lagi
setiap kelana didalam jiwa
melalui dengan kepura-puraan
melalui dengan ketenangan

masih ada kabus didalam jiwa
masih ada kelana didalam jiwa
biarpun langit terbentang luas
namun masih sempit di pemikirannya.

No comments:

Post a Comment