Thursday, February 26, 2009

p a r i - p u r a

gerak lidah membelai bahasa
membicarakan bicara kata
menerpa ke alam syurga
meyakinkan diri pari-pari syurga

gerak indah bicara malam
membicarakan pengisian dikala kekosongan
menantikan cahaya walau dalam cahaya
nyata kau tak lebih dari pari-pura

kau indah kau hebat
kau sempurna kau nyata
kau khayal kau gulana
kau sulam sebuah khayalan
kerana kau seorang pari-pura

kau pukau kau alpa
kau berlidah kau berputar
kau main bicara
kau main keruan hati
kau tak ubah bagai pari-pura

badai datang lagi
kali ini lebih hebat lebih gah..
sesuat untuk menghembus kau pergi
tiada alam ini mengizinkan kewujudan kau
kau tak ubah seperti pari-pura

kau rosakkan khayalan kau gemburkan celakaan
kau hanya perosak dan kau membinasakan
kau tak ubah bagai pari-pura

No comments:

Post a Comment