Thursday, February 26, 2009

m a n u s i a

Manusia..
hanya penuh dengan permintaan...
seringkali mendengus kekecewaan..
bila permintaan tidak ditunaikan...

Manusia..
seringkali mengejar kebahgiaan..
hanya mahu kegembiraan...
namun tak pernah terlintas utk dikecewakan..

Manusia..
hanya mahukan kesempurnaan..
seringkali mendesah keresahan..
bila kehendaknya diabaikan..

Manusia..
saling bergantungan sesama mereka..
bersama2 mendaki utk menawan gunung yg indah..
tapi masih yang ada suka menendang dari menarik tangan rakan2nya..

Manusia..
penuh dengan pertanyaan..
penuh dengan persoalan..
tapi sentiasa lupa apa yang sepatutnya ditanyakan..

kau dan aku sama
menikmati ciptaan tuhan..
menghayati setiap pernafasan
menghargai setiap pedoman..

tapi apakah kita masih sama
pabila kau menyalahgunakan
segala nikmat lelangit yg terbentang
setiap sedutan pelusuk hidungmu demi kehidupan

Manusia mahkluk yang sempurna
kerana mereka ada akal dan pancaindera
kerana mereka ada jiwa dan naluri
kerana mereka punya arah...

kau manusia apa?

No comments:

Post a Comment