Thursday, February 26, 2009

w a r n a

warna itu kian pudar
kian kelam kian kusam kian lesap
warna itu warna kelmarin
warna itu warna luput

kekelaman dan kelemasan didalam timbunan warna
menyedarkan dan menlenakan didalam kealpaan
menjadikan diri kian sombong kian longlai
mengajar dan kurang ajar dalam kelemasan

pembentangan di alam yg luas
pemandangan yg penuh dengan kewarnaan dan sifat2nya
membuka dan membutakan penglihatan
memanjang dan memendekkan akal fikiran

warna itu kemeriahan
warna itu kegelisahan
warna itu keriangan
warna itu kesedihan

pelangi yg mencantumkan segala perasaan
pelangi yg membawa kepada keindahan
warna yg memberi impaksi merubah kehidupan
sering dilihat sebagai panduan perjalanan

penguasaan ke atas langit dan bumi
sehingga terlupa pada pencipta keindahan
sehingga angkuh kepada penglihatan
kekaburan yg kelam kerana terlalu mengejar pelangi kewarna-warnian

kita mudah takbur mudah keinsafan
mudah lupa walau selalu memberi peringatan
mudah kecewa dengan setiap kebahgiaan
mudah sesat ketika mencari jalan pulang

kerana sering terpedaya pada keindahan warna..

No comments:

Post a Comment