Thursday, February 26, 2009

merdeka...?

sulami detik2 kemenangan
menitiskan air mata dosa
menitiskan air mata keinsafan
membahagiakan, mengkhayalkan
persamaan ruang udara yang dihirup bersama
meluangkan kelapangan masa, meskipun dihimpit-himpit kelenaan
persamaan ruang angkasa yang mempunyai bintang berjuta
menjauhkan pemerhatian, meskipun terbatas penglihatan
kemenangan yang disulami
berkat pemergian kebanyakan sahabat
berkat peninggalan kebanyakan penjahat

mereka kata "merdeka...!"
kerana mereka merasakan kebebasan?
kerana mereka merasakan perjuangan?
mereka kata "merdeka..!"
kerana tanda penghargaan?
atau kerana hari itu hari pembebasan..?

mereka bernyanyi "merdeka..!"
kerana mereka gembira
atau kerana mereka yakin akan "merdeka"....?

biarkan mereka bernyanyi
biarkan mereka menjerit
kerana ada yang masih tidak tersedar
mereka masih dijajah

oleh diri mereka yang diselubungi bendera2 penjajah
.

No comments:

Post a Comment