Thursday, February 26, 2009

bintang disembunyi langit

gemerlap langit disebalik senyuman langit..
ada cahaya, ada kelibat bintang disembunyikan..
namun masih samar2 kelihatan...
masih samar2 dan kejauhan..

teruskan lagi melihatnya menjadikan diri teruja utk memilikinya..
ingin memeluknya... ingin menguasainya...
namun diri ini terlalu kerdil dan kecil utk mengapainya..
yg sebesar langit dan seluas semesta pengertiannya..

kekurangan dan kelemahan..
menghalang kaki dari melompat..
menghalang minda dari berelusi..
tp masih berdaya utk melangkah..
tp masih bergeliga utk memutuskan..
kerana hidup perlu diteruskan..
kerana ada jalan yg perlu dilalui..

kebudak-budakan, ketidaksenonohan,
menjadi kan diri dipandang kecil,
menjadikan diri sering dipinggir,
kerana meraka terasa besar..
kerana meraka terasa meriah..
tp masih utuh semangat utk ke bintang..
tp masih gembira sehingga berkata syukur..

cahaya disebalik langit yg tersenyum
masih memanggil dalam kerintihan..
seolah2 ada khayalan yang mengasyikan
seolah2 ada petir menanti utk menyambar..

langit dipadang yg terbentang luas..
nampak kosong, kontang, kering dan tandus.

namun mata hati melihat ketenangan
melihat kemeriahan, melihat satu kehidupan...

No comments:

Post a Comment