Showing posts with label IRAMA. Show all posts
Showing posts with label IRAMA. Show all posts

Thursday, February 26, 2009

"masa yang telah"

Sepanjang aku mengenali dia, dari mula dia teristimewa.
Dialah adalah masa hidup ini. Dalam gelap yang gamat.
Dengan suara itu aku mencari. Kaki yang lemah, di pimpin jelas dan didokongi.
aku simpan wajahnya dihati. Aku simpan wajahnya dihati.
Agar aku tidak hilang.

Namun. dihujung sana, gelombang itu sendiri. Terus dan terus mencintai. menunggu kembali,
dilukai, sendiri dan memekik.
Aku tahu dalam pekat malam, dia menangis,
lalu ditelan semula air yang mengalir, agar dapat memujuk tekak yang memekik.

Dari suaranya, dia mengajar aku erti setia. Dan aku si guru luka.
Ketabahan itu mutlak. Dalam sendirinya, dari dua pasang mata yang setia,
cahaya mula menyinar masuk.
cukup cantik melorongi cahya hati.
cahaya itu cukup mengukir senyum ku tika ini.

Dan dengan tangan kotor ini diciumnya setiap kali.

Sejak aku melihat dia. Dari mula dia teristimewa.

By
Irama

W A K T U I N I

Hidup ini takkan sempurna
andai kau tak menghargai
jua tak kau mensyukuri
mungkin kau takkan mengerti
makna susah hidup ini.

Pada waktu sama ini
ada insan menagih simpati
demi secebis, sepohon rezeki
kerana sayangnya kepada adik
yang menangis dirumah.

Peluru yang ditepis hanya dengan tangan
kawan yang ditembak mati bersebelahan
dikepala.
Dan ada sampainya debu debu menjadi habuan si ibu kepada anak
yang menangis kelaparan.

Mengapa tak kau mensyukuri
dengan pergi ke tempat tempat yang tak diingini
menikmati rasa sampai ke pagi.

Memang, memang kau selesa
tapi cuba bayangkanlah
cantik kau, dihodohkan
pipi kau, dilobangkan
keistimewaan kau ditarik satu persatu
didepan matamu, tanpa mampu berbuat apa apa.
Bayangkan
hanya sebelah kaki kau dipatahkan
sebelah sahaja

atau
mungkin kau memang takkan pernah mengerti


By
Irama

h u j u n g p a n g k a l

Sahabatku
Musuh
Musuhmu
Si penghasut
Temannya
Sang penguji
Bergurukan
Pencaci
Gurunya
Kini
Selamanya
Sunyi
Memperhambakan
Ilusi
Pada
Diriku
Ini


By
IRAMA